Wednesday, November 19, 2008

Ada Apa Dengan Masalah...



Teringat ku jeritan rockers trkemuka dunia, “Rock Steady”. Sebenarnya ada motivasi tersirat di dalam slogan famous tu.

Hidup ni sebenarnya mudah. Tapi yang menjadikan ia susah adalah kita.

Mengapa ek? Kita sendiri yang cari masalah, masalah cari kita dan kita juga yang sebenarnya punca masalah.

Bukan dari tangan kita, tapi muncul di minda kita. Salah kita sendiri sebab asyik fikir masalah, masalah, masalah. Tak habis-habis dengan masalah.

Tanpa kita sedari, kuasa minda yang tersembunyi kekuatannya kita gunakan untuk menarik masalah. Kesannya, ada saja masalah yang timbul.

Hentikan sikap suka memikir masalah. Sebaliknya gunakan masa yang kita ada untuk memikir penyelesaian dan cara bagaimana kita boleh memajukan diri dalam kerjaya, keluarga dan akhirnya kewangan kita.

Hidup perlu steady, relaks, be in control. Life must go on!

Sebab, andai kita menggelabah, panik dan bingung, sudah tentu apa jua masalah takkan selesai dan kita takkan mencapai apa-apa kemajuan. Jadi, tinggalkan sikap suka memikir masalah.

Tetapi, bina sikap sukakan kemajuan, sukakan kecemerlangan. Biar kita yang mengawal hidup kita.

Mula dari saat ini, kita perlu kawal fikiran kita. Perlu disiplinkan diri. Tiap kali dalam kepala start nak fikir masalah, hentikan lalu ubah cepat-cepat.

Fikir cemana nak majukan diri dulu, itu yang paling penting. Masalah, letak kat tepi.

Fikir kemajuan, kita akan ditemukan dengan kemajuan. Ingat, kita adalah apa yang kita sentiasa fikirkan.

Banyak fikir kejayaan, kita akan ditemukan dengan kejayaan!

Ingat tu ya!.;-)

Sunday, November 16, 2008

Cinta dan Kujujuran


Dalam mana-mana perhubungan, kunci kebahagiaan adalah sikap jujur .

Sikap positif yang lain kedua selepas itu. Tak kira perhubungan kawan, kekasih atau suami isteri (atau seorang suami dengan beberapa isteri), kejujuran adalah kunci utama untuk ia kekal lama.

Punca lain seperti adanya orang ketiga, masalah kewangan, keperitan hidup atau masalah-masalah yang tak terungkap, boleh diharungi jika kejujuran kukuh di hati. Selepas jujur , timbul komitmen dan tanggungjawab.

Cinta dalam mana-mana perhubungan putus kerana sudah tidak ada jujur. Kita adalah makhluk beremosi. Tak semua kita boleh kawal emosi, sebab itu tak semua orang ada sikap jujur, kerana tidak tahu bagaimana mengawal emosi.

Emosi kita pula dipengaruhi 100% oleh nafsu. Nafsu adalah perosak sikap jujur .

Nafsu mendorong Kita tamakkan cinta yang lebih bahagia dari seseorang, harta yang lebih banyak, hidup yang lebih sempurna, aliran duit yang lebih besar jumlahnya. Hanya kerana ini, banyak perhubungan suami isteri, kawan atau kekasih putus di tengah jalan.

Jika Anda sedang dilanda masalah dalam perhubungan, terima hakikat akan ada seseorang yang lebih baik disediakan untuk Anda, bukan si dia lagi. Kena harungi masalah tu dengan sabar dengan emosi terkawal.

Sama ada perhubungan berjaya dikekalkan semula atau terpaksa di putuskan, Anda kena bersedia menerima salah satu daripada situasi itu. Sama ada hasilnya baik atau buruk, kena be ready.

Kita perlu sedar hukum sebab dan akibat. Setiap yang kita lakukan ada balasannya, ada akibatnya, kesan daripada perbuatan-perbuatan kita sendiri. Musibah dan masalah turun sebagai balasan kepada dosa-dosa yang lepas, besar atau kecil.

Mungkin, ada perbuatan Anda yang tak disukai oleh mana-mana orang. Mungkin, Anda melanggar suruhan Yang Maha Esa. Dosa Anda dah berkoyan-koyan terkumpul banyaknya. Sedarkah Anda semua tu?

Jadi, kena fikir sendiri apa yang Anda dah buat selama ni.

Wednesday, November 12, 2008

Biarkan ia Berlalu



Cam mana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!

Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.

Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.

Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.

Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.

Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.

Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.

Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.

Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.

Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!

Kita dan Aku

Tips motivasi ini saya kongsikan 3 cara untuk membuat Anda disenangi ramai, tak kira di dalam Internet ataupun di dunia sebenar.

Pertama, ikhlas dan bersederhana. Means tak terlalu merendah diri dan tak terlalu meninggi diri atau rasa Anda hebat baik dari orang lain. Anda akan disenangi bila Anda mendulukan orang lain, ikhlas berkawan dan tak melebihkan diri sendiri. Kalau boleh, kongsikan sebanyak mungkin ilmu, info atau berita yang Anda tahu.

Kedua, jadi pendengar yang baik. Bila mendengar orang bercakap, dengar sampai dia habis bercakap, baru Anda sambung atau beri pendapat. Kredibiliti Anda akan tercemar bila Anda suka memotong cakap orang dan “mengkondem” orang yang datang meminta pendapat Anda.

Ketiga, gunakan perkataan “kita”. Latih diri Anda untuk buang perkataan “aku” dan gunakan perkataan kita dalam perbualan. Elak untuk memaki-maki, mencela atau memandang sebelah mata pada orang lain.

Selain tu, elak asyik bercerita tentang kehidupan diri sendiri dan lebihkan bercerita tentang hal yang boleh membuat Anda rapat dengan orang yang Anda bawa bercakap tu, lebih-lebih lagi bila suka filem yang sama, makanan yang sama, buku yang sama atau idola yang sama. Dengan itu, timbul keserasian, kesannya, Anda dapat menjadi sebahagian dari rakan-rakannya.

Tips for cepat menyesuaikan diri



1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak Anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru.

Ia adalah rahsia komunikasi magnetik, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama Anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata.

Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu. Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda ‘menjelajah’ ketika pertama kali bertemu.

Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri Anda dengan mereka.

5. Bersedia.
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal Anda, pekerjaan dan umur.

6. Buka Cerita.
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang Anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.

7. Buang Sangkaan Buruk.
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.

8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

9. Buat Mereka Ketawa.
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut.

Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda!

Monday, November 10, 2008

Welcome!!!

Welcom to my World