Wednesday, November 12, 2008

Tips for cepat menyesuaikan diri



1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak Anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru.

Ia adalah rahsia komunikasi magnetik, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama Anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata.

Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu. Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda ‘menjelajah’ ketika pertama kali bertemu.

Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri Anda dengan mereka.

5. Bersedia.
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal Anda, pekerjaan dan umur.

6. Buka Cerita.
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang Anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.

7. Buang Sangkaan Buruk.
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.

8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

9. Buat Mereka Ketawa.
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut.

Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda!

No comments: