10 Jan...disaat terkisahku diantara kisah yang rumit...dan Dia..........
Semalam..........bersaksikan kelayuan denyutan nadi dan sedu sedan yang meliar, telah tercipta suatu cerita pada seluas fatamorgana. Dia tertanya akan dirinya sendiri tentang sebuah ilusi yang tercorak di maya ini..
Malam itu.........rindunya mengajak ku hadir dalam setiap mimpinya tapi mata enggan terlena. Sebak didada tak mampu tertanggung walau sebenarnya Dia tak ingin menitiskan air mata buatku lagi.
Ingin benar Dia mendengar bicaraku seperti dahulu, disulami rintihan perasaan...tapi apakan daya....Kiambang yang kian layu itu sangat menagih limpahan air mata untuk membasahi kelopaknya agar dapat berkembang indah.
Malam itu.........dia termenung mengharap bulan sudi hampir di jendela namun kegelapan malam tiada bercahaya. Akhirnya malam itu seperti malam-malam yang lalu. Dia berendam siair mata..
Bulan, jangan biarkan malam kelam. Temanilah lah Dia walau untuk seketika cuma..kerna sepi membalutnya..Dihujani dengan kalimah-kalimah indah mengharum, dia mula menjadi seorang perindu yang lena dibelai tuturan bait-bait bicara lantas bersemi menyegar benih menjadi kuntum-kuntum kelopak mekar.
Apakan daya jika ditakdirkan kasih hanya untuk semusim berlalu.... ibarat sebuah kapal teruambang-ambing tanpa nakhoda di tengah lautan yang meluas, kemudian datang menghampiri sebuah pelabuhan dan pantai itu sebagai suatu persinggahan cuma.
Entah esok, lusa atau seterusnya..akan tertinggalkah ilusi itu kerana Dia yang tidak mampu....
Hari itu.........ditepi sebuah lautan, dia termenung tetapi fikiran nya terus melayang,mengimbau pada gerimis yang turun tanpa diundang, bersama deru ombak yang menghempas ke pantai seolah membawa perasaan nya yang juga terombang ambing dilambung badai semalam.
Gemersik suara kawan-kawannya yang mememani pada kesayuan bicara dan petah-petah perkataan yang didengar antara ada dan tiada, mencuit sebuah naluri yang kian layu dihambat waktu, sewaktu menyusur lamunan yang kian samar dan yang tinggal hanya sebuah nostalgia usang yang mula terbenam di ufuk timur. Di ketika kapal belayar ke destinasi, ia telah terlepas dari gelora rindu yang sering mencengkam sedangkan pantai terbiar sepi. Dari bayu yang sepoi mendayu hanya sempat dititipkan angin rindu ke arah nya. Ombak-ombak berkejaran saling datang menjenguk pasir, telah faham akan keharuan pantai yang sentiasa dihujani air mata rindu dan desiran gemuruh esakan ombak.
Hari ini........ fikiran nya melayang jauh pada imbasan wajah yang sering Dia rindu, antara malam dan siang,antara lena dan jaga, wajah dan suara ku datang menyapa. Seringkali bayangan kenangan muncul menjengah tapi bila Dia menoleh bayangan itu sudah tiada dan senja yang Dia tunggu kian beredar buat malam yang bakal mengambil alih tempatnya...sang suria mula rebah di ufuk timur tapi Dia masih sendiri disini , dalam bayangan kenangan yang menjalar kesetiap inci rongga kesedihan yang tidak mungkin terbenam walau pun ditelan waktu...derita di hatinya tak siapa yang tahu.....
Seketika Dia terkejut bila didepan nya muncul sebuah bayangan dari lautan yang muncul dengan seraut senyuman, Dia menggosokkan mata untuk mempastikan siapakah gerangannya itu...adakah itu muslihat lautan yang ada kalanya kejam menguji para pencintanya..namun itu adalah Aku...Aku datang bersama sebuah sinaran yang seakan menelan senja nan suram..Aku lihat senyuman terukir di wajahnya dan ku hulurkan tangan mengajaknya bersama mengadapi gelora lautan yang mengganas itu...walaupun Aku mungkin ditelan lemas dek ombak yang menggunung, aku rela....tetapi aku yakin dan percaya Dia mampu meredah gelora derita itu...kerna Aku bersama Dia...

Dinukilkan khas buat 'Dia' istimewa sempena 17 Feb
Dia x ske maid.hehe
No comments:
Post a Comment