Ahhh.......penat sungguh menjadi seperti sekarang. Acap kali aku berfikir dan berdoa dapat bertemu semula dengan aku yang dulu. Yang sentiasa gembira, juga ceria walaupun di hati derita. Tanpa diminta, aku terlebih dahulu yang menghulurkan tangan. Tapi sekarang aku tidak mampu menyembunyikan apa sahaja yang aku rasa. Bila rasa marah, maka diamlah aku. Bila rasa gembira, maka cukup dengan senyum sahaja. Namun aku yakin tidak mungkin lagi aku menjadi seperti dahulu. Setelah peristiwa demi peristiwa yang menjadikan hidupku makin suram semenjak berada di sini. mungkin sudah trauma dengan segala kesulitan yang telah kulalui. Takut untuk menghadapi hidup lagi.Maafkanku. Kalau aku sekarang tidak lagi seperti dahulu. Aku tak lagi mampu. Untuk ketawa dalam sendu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment