Saturday, January 24, 2009

Satu Ketenangan

Ermm, pengorbanan..?? aku sendiri bingung apakah maksud pengorbanan yang sebenar..seringkali aku tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri...sekadar yang aku tahu.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..

Pada tafsiran aku.. sesuatu pengorbanan itu perlu dilakukan untuk memperolehi sesuatu..sebagai contoh, kita perlu mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk mengejar segulung ijazah.. tidak ada apa di dunia ini yang akan kita perolehi tanpa melakukan perngorbanan walaupun sekecil kecilnya...


Bak kata org putih....

' If you gonna make a choice....

you are going to be a boy or a man?..'


I think i'm already be a man..hehe



Ketenangan..??.yang aku tahu...pengorbanan yang ingin dilakukan mestilah demi sebuah kedamaian.. terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi menemui sebuah ketenangan.. dan semestinya ketenangan itu berupakan kebahagian orang yang paling kita sayangi..kadang kala masa tidak selalu berada di pihak kita.. selalu kita fikirkan bahawa kita sering terlambat untuk diketemukan dengan sesuatu dan terasa amat rugi kita tidak diketemukan seawalnya.. tapi aku mengingati diriku sendiri... semuanya berada di alam rahsia Allah.. sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk buat diri kita..walaupun pengorbanan ini kesakitannya tidak nampak dimata.. namun aku percaya hati yang sentiasa dibaluti iman mampu berdaya menahan terjahannya.. walaupun ianya amat menyakitkan..kerana ketenangan itu yang ku cari...




No comments: