Monday, January 12, 2009

Rindu, Ayah!


Ayah.........Saat ini aku sangat rindu padamu. Rindu yang amat. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk mengadu, engkau tiada di sisi. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami lagi menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, ayah, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.
Ayah........Semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak, ayah. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, ayah. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama. Tapi ku tahu ayah lebih bahagia di sana. Tunggulah aku ayah, kerna aku juga ingin berkongsi kebahagian itu bersamamu. Kebahagian yang tidak mungkin ada di sini...Rindu, ayah!
'Ayah' - Allayarham Md. Noor Bin Abd. Rahman
Sayang datuk......al-fatihah

5 comments:

nAsirah NasIR said...

salam..
setiap hidup akan mati...
ingatlah suatu hari nanti kita akan mati dan pada saat kematian itu tiada siapa yang akan menolong kita kecuali amal2 yg telah kita lakukan semasa hayat kita...

rose emely said...

salam takziah...
jgn bersedih...doakan utk kebahagiaan dia di sana. carilah teman yg lebih memahami...agar rasa tidak terpendam dilubuk hati.

none above said...

setiap hambaNya akan diuji dgn 1001 pelbagai keributan dan kekalutan. Sukurlah anda masih dan akan diuji,
kerna dari situ anda akan tahu
tingkatan imanmu.
Kerna dari satu anda akan belajar dan terus belajar. Tidak mudah untuk melayari hidup ini kalau tidak disertai dengan iman dan ukhwah yang kukuh.
Kerna dari situ anda akan mengenal kawan dan lawan.
semoga anda tabah dan terus tabah.
bersabar..

koko cokelat said...

al-fatihah..
moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...
semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
amin...

c1kal's net and Technology said...

andai dapat ku hirup wangi peluhmu….atau dapat ku rangkul bahu kekarmu….atau sekedar menceritakan keluh kesahku,ayah…betapa haus aku akan belai kasihmu....miss u dad..