Ermm, pengorbanan..?? aku sendiri bingung apakah maksud pengorbanan yang sebenar..seringkali aku tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri...sekadar yang aku tahu.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..Saturday, January 24, 2009
Satu Ketenangan
Ermm, pengorbanan..?? aku sendiri bingung apakah maksud pengorbanan yang sebenar..seringkali aku tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri...sekadar yang aku tahu.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..Monday, January 12, 2009
Rindu, Ayah!

Di mana aku?
Wednesday, November 19, 2008
Ada Apa Dengan Masalah...
Teringat ku jeritan rockers trkemuka dunia, “Rock Steady”. Sebenarnya ada motivasi tersirat di dalam slogan famous tu.
Hidup ni sebenarnya mudah. Tapi yang menjadikan ia susah adalah kita.
Mengapa ek? Kita sendiri yang cari masalah, masalah cari kita dan kita juga yang sebenarnya punca masalah.
Bukan dari tangan kita, tapi muncul di minda kita. Salah kita sendiri sebab asyik fikir masalah, masalah, masalah. Tak habis-habis dengan masalah.
Tanpa kita sedari, kuasa minda yang tersembunyi kekuatannya kita gunakan untuk menarik masalah. Kesannya, ada saja masalah yang timbul.
Hentikan sikap suka memikir masalah. Sebaliknya gunakan masa yang kita ada untuk memikir penyelesaian dan cara bagaimana kita boleh memajukan diri dalam kerjaya, keluarga dan akhirnya kewangan kita.
Hidup perlu steady, relaks, be in control. Life must go on!
Sebab, andai kita menggelabah, panik dan bingung, sudah tentu apa jua masalah takkan selesai dan kita takkan mencapai apa-apa kemajuan. Jadi, tinggalkan sikap suka memikir masalah.
Tetapi, bina sikap sukakan kemajuan, sukakan kecemerlangan. Biar kita yang mengawal hidup kita.
Mula dari saat ini, kita perlu kawal fikiran kita. Perlu disiplinkan diri. Tiap kali dalam kepala start nak fikir masalah, hentikan lalu ubah cepat-cepat.
Fikir cemana nak majukan diri dulu, itu yang paling penting. Masalah, letak kat tepi.
Fikir kemajuan, kita akan ditemukan dengan kemajuan. Ingat, kita adalah apa yang kita sentiasa fikirkan.
Banyak fikir kejayaan, kita akan ditemukan dengan kejayaan!
Ingat tu ya!.;-)
Sunday, November 16, 2008
Cinta dan Kujujuran

Dalam mana-mana perhubungan, kunci kebahagiaan adalah sikap jujur .
Sikap positif yang lain kedua selepas itu. Tak kira perhubungan kawan, kekasih atau suami isteri (atau seorang suami dengan beberapa isteri), kejujuran adalah kunci utama untuk ia kekal lama.
Punca lain seperti adanya orang ketiga, masalah kewangan, keperitan hidup atau masalah-masalah yang tak terungkap, boleh diharungi jika kejujuran kukuh di hati. Selepas jujur , timbul komitmen dan tanggungjawab.
Cinta dalam mana-mana perhubungan putus kerana sudah tidak ada jujur. Kita adalah makhluk beremosi. Tak semua kita boleh kawal emosi, sebab itu tak semua orang ada sikap jujur, kerana tidak tahu bagaimana mengawal emosi.
Emosi kita pula dipengaruhi 100% oleh nafsu. Nafsu adalah perosak sikap jujur .
Nafsu mendorong Kita tamakkan cinta yang lebih bahagia dari seseorang, harta yang lebih banyak, hidup yang lebih sempurna, aliran duit yang lebih besar jumlahnya. Hanya kerana ini, banyak perhubungan suami isteri, kawan atau kekasih putus di tengah jalan.
Jika Anda sedang dilanda masalah dalam perhubungan, terima hakikat akan ada seseorang yang lebih baik disediakan untuk Anda, bukan si dia lagi. Kena harungi masalah tu dengan sabar dengan emosi terkawal.
Sama ada perhubungan berjaya dikekalkan semula atau terpaksa di putuskan, Anda kena bersedia menerima salah satu daripada situasi itu. Sama ada hasilnya baik atau buruk, kena be ready.
Kita perlu sedar hukum sebab dan akibat. Setiap yang kita lakukan ada balasannya, ada akibatnya, kesan daripada perbuatan-perbuatan kita sendiri. Musibah dan masalah turun sebagai balasan kepada dosa-dosa yang lepas, besar atau kecil.
Mungkin, ada perbuatan Anda yang tak disukai oleh mana-mana orang. Mungkin, Anda melanggar suruhan Yang Maha Esa. Dosa Anda dah berkoyan-koyan terkumpul banyaknya. Sedarkah Anda semua tu?
Jadi, kena fikir sendiri apa yang Anda dah buat selama ni.
Wednesday, November 12, 2008
Biarkan ia Berlalu

Cam mana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!
Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.
Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.
Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.
Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.
Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.
Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.
Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.
Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.
Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!
Kita dan Aku
Pertama, ikhlas dan bersederhana. Means tak terlalu merendah diri dan tak terlalu meninggi diri atau rasa Anda hebat baik dari orang lain. Anda akan disenangi bila Anda mendulukan orang lain, ikhlas berkawan dan tak melebihkan diri sendiri. Kalau boleh, kongsikan sebanyak mungkin ilmu, info atau berita yang Anda tahu.
Kedua, jadi pendengar yang baik. Bila mendengar orang bercakap, dengar sampai dia habis bercakap, baru Anda sambung atau beri pendapat. Kredibiliti Anda akan tercemar bila Anda suka memotong cakap orang dan “mengkondem” orang yang datang meminta pendapat Anda.
Ketiga, gunakan perkataan “kita”. Latih diri Anda untuk buang perkataan “aku” dan gunakan perkataan kita dalam perbualan. Elak untuk memaki-maki, mencela atau memandang sebelah mata pada orang lain.
Selain tu, elak asyik bercerita tentang kehidupan diri sendiri dan lebihkan bercerita tentang hal yang boleh membuat Anda rapat dengan orang yang Anda bawa bercakap tu, lebih-lebih lagi bila suka filem yang sama, makanan yang sama, buku yang sama atau idola yang sama. Dengan itu, timbul keserasian, kesannya, Anda dapat menjadi sebahagian dari rakan-rakannya.
