Sunday, August 2, 2009

Jika


Jika aku lari adakah kau mengejar ?

Jika aku sembunyi adakah kau mencari ?

Jika aku menyepi adakah kau sendirian ?

Jika aku pergi adakah kau lepaskan ?

Jika aku hilang adakah kau hairan ?

Jika aku tiada adakah kau rindu ?

Jika aku mati nyawaku bukan lagi milikku...

Tapi...Selagi aku bernafas, kaulah nyawaku...
*wrote by 'Dia' yg xsuke maid.
khas utk org yg xske basuh stokin.hehe..


Monday, July 6, 2009

Food Pyramid


Plezz obey this rule of pyramid...

Don't ever eat jajan such as 'super ring' too much...

coz poor diet have an injuries impact on health...

Poor health caused by an imbalance of nutrients, whether an excess or a deficiency...

so, watch out...

You r what u eat...:-)

Sunday, July 5, 2009

Acute Pancreatitis






What is it?

Acute pancreatitis is inflammation of the pancreas that occurs suddenly and usually resolves in a few days with treatment. The most common cause of acute pancreatitis is the presence of gallstones. Enzymes become active inside the pancreas, they start "digesting" the pancreas itself.

Symptom

Acute pancreatitis usually begins with gradual or sudden pain in the upper abdomen that sometimes extends through the back. Its feel worse after eating.
-a swollen and tender abdomen
-nausea and vomiting
-fever
-a rapid pulse

Diagnosis

Abdominal ultrasound
Computerized tomography (CT) scan
Endoscopic ultrasound (EUS)
Magnetic resonance cholangiopancreatography (MRCP)

Treatment

Intravenous (IV) fluids, antibiotics, and medication to relieve pain
Surgery may be needed to drain the infected area, also called an abscess
Complication
Acute pancreatitis can cause breathing problems ( hypoxia )
Can't stop vomitting

Rindu....


Perasaanku adakalanya bagaikan lautan, ada waktu ganas bergelora dan ada pula waktu tenang...adakalanya bagaikan bayu, ada panas dan ada pula sejuknya...

Begitu juga rindu, adakala mencengkam kalbu dan aku pun bingung apa rindu itu....?


Yang aku tahu.....


Rindu...ia indah, ia resah, ia menyakitkan , ia juga membahagiakan..
Rindu...kepada kedua ibubapa...
Rindu...kepada insan yang tersayang...
Rindu...kepada teman istimewa...
Rindu...kepada sahabat...
Rindu...kepada kakak, abang, adik...
Rindu...belaian kasih dan sayang...
Rindu...mempunyai masa dan waktu...
Rindu...memiliki kehilangan...
Rindu...rindu...rindu...dan rindu...
Terlalu banyak yang boleh diungkapkan...
Ianya begitu senang diucapkan oleh kata-kata...'
"Aku Rindu Padamu"...
Namun hanya insan yang melaluinya tahu akan erti rindu...
Mengerti akan kesengsaraan mempunyai perasaan rindu ini...
Mengerti betapa menagih rindu yang belum pasti kesudahannya...
Salahkah ku...mempunyai perasaan rindu ini...
Merindui akan dirimu...Merindui senyum tawamu...Merindui saat berbicara denganmu...
Aku tahu ku tidak akan menemui jawapan ini...Akan aku biarkan ia tersimpan kemas di dalam hati ku...Tersemat rapi di dalam ingatan ku...

Rindu yang hadir hanyalah untuk mu...

Thursday, June 4, 2009




my bear......hehe

Thursday, February 19, 2009

Dia dan Lautan


10 Jan...disaat terkisahku diantara kisah yang rumit...dan Dia..........

Semalam..........bersaksikan kelayuan denyutan nadi dan sedu sedan yang meliar, telah tercipta suatu cerita pada seluas fatamorgana. Dia tertanya akan dirinya sendiri tentang sebuah ilusi yang tercorak di maya ini..

Malam itu.........rindunya mengajak ku hadir dalam setiap mimpinya tapi mata enggan terlena. Sebak didada tak mampu tertanggung walau sebenarnya Dia tak ingin menitiskan air mata buatku lagi.
Ingin benar Dia mendengar bicaraku seperti dahulu, disulami rintihan perasaan...tapi apakan daya....Kiambang yang kian layu itu sangat menagih limpahan air mata untuk membasahi kelopaknya agar dapat berkembang indah.
Malam itu.........dia termenung mengharap bulan sudi hampir di jendela namun kegelapan malam tiada bercahaya. Akhirnya malam itu seperti malam-malam yang lalu. Dia berendam siair mata..
Bulan, jangan biarkan malam kelam. Temanilah lah Dia walau untuk seketika cuma..kerna sepi membalutnya..Dihujani dengan kalimah-kalimah indah mengharum, dia mula menjadi seorang perindu yang lena dibelai tuturan bait-bait bicara lantas bersemi menyegar benih menjadi kuntum-kuntum kelopak mekar.
Apakan daya jika ditakdirkan kasih hanya untuk semusim berlalu.... ibarat sebuah kapal teruambang-ambing tanpa nakhoda di tengah lautan yang meluas, kemudian datang menghampiri sebuah pelabuhan dan pantai itu sebagai suatu persinggahan cuma.
Entah esok, lusa atau seterusnya..akan tertinggalkah ilusi itu kerana Dia yang tidak mampu....

Hari itu.........ditepi sebuah lautan, dia termenung tetapi fikiran nya terus melayang,mengimbau pada gerimis yang turun tanpa diundang, bersama deru ombak yang menghempas ke pantai seolah membawa perasaan nya yang juga terombang ambing dilambung badai semalam.
Gemersik suara kawan-kawannya yang mememani pada kesayuan bicara dan petah-petah perkataan yang didengar antara ada dan tiada, mencuit sebuah naluri yang kian layu dihambat waktu, sewaktu menyusur lamunan yang kian samar dan yang tinggal hanya sebuah nostalgia usang yang mula terbenam di ufuk timur. Di ketika kapal belayar ke destinasi, ia telah terlepas dari gelora rindu yang sering mencengkam sedangkan pantai terbiar sepi. Dari bayu yang sepoi mendayu hanya sempat dititipkan angin rindu ke arah nya. Ombak-ombak berkejaran saling datang menjenguk pasir, telah faham akan keharuan pantai yang sentiasa dihujani air mata rindu dan desiran gemuruh esakan ombak.

Hari ini........ fikiran nya melayang jauh pada imbasan wajah yang sering Dia rindu, antara malam dan siang,antara lena dan jaga, wajah dan suara ku datang menyapa. Seringkali bayangan kenangan muncul menjengah tapi bila Dia menoleh bayangan itu sudah tiada dan senja yang Dia tunggu kian beredar buat malam yang bakal mengambil alih tempatnya...sang suria mula rebah di ufuk timur tapi Dia masih sendiri disini , dalam bayangan kenangan yang menjalar kesetiap inci rongga kesedihan yang tidak mungkin terbenam walau pun ditelan waktu...derita di hatinya tak siapa yang tahu.....

Seketika Dia terkejut bila didepan nya muncul sebuah bayangan dari lautan yang muncul dengan seraut senyuman, Dia menggosokkan mata untuk mempastikan siapakah gerangannya itu...adakah itu muslihat lautan yang ada kalanya kejam menguji para pencintanya..namun itu adalah Aku...Aku datang bersama sebuah sinaran yang seakan menelan senja nan suram..Aku lihat senyuman terukir di wajahnya dan ku hulurkan tangan mengajaknya bersama mengadapi gelora lautan yang mengganas itu...walaupun Aku mungkin ditelan lemas dek ombak yang menggunung, aku rela....tetapi aku yakin dan percaya Dia mampu meredah gelora derita itu...kerna Aku bersama Dia...
Dinukilkan khas buat 'Dia' istimewa sempena 17 Feb
Dia x ske maid.hehe

Monday, February 9, 2009

Wasiat Terakhir



Ahh
Ahhhhhhh
Ahhhhhhhhhhhhhhhh
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Ahhhhhhhhhhhhhhhh
Ahhhhhhh
Ahh




TIBA-TIBA aku merasa cukup mual dan meloyakan. Seakan aku telah menelan jadam yang paling pahit pernah ditemu umat manusia. Kenyalnya melekat dan terus tersekang di halkum.

Aku menjadi semakin rimas dan resah. Mampukah aku bertahan untuk sedetik dua lagi dalam saat-saat kepayahan ini. Atau nanti aku bakal diusung untuk kembali ke dunia asalku, kerana kental mual ini menjadi semakin sendat dan tersekat. Mampukah segala urat nadiku melebar dan membuka ruang lain untuk mengizinkan aku menyedut sedikit udara segar supaya jantung ini mampu terus berdenyut. Hanya mampu aku berserah kepada Tuhanku yang satu.
Exammmm!!!!!!!!!
Nyah ko dari sini....
Kembalikan hidupku....
Wasiatku yg terakhir......
Jangan buat medic.hehe.....







Saturday, January 24, 2009

Satu Ketenangan

Ermm, pengorbanan..?? aku sendiri bingung apakah maksud pengorbanan yang sebenar..seringkali aku tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri...sekadar yang aku tahu.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..

Pada tafsiran aku.. sesuatu pengorbanan itu perlu dilakukan untuk memperolehi sesuatu..sebagai contoh, kita perlu mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk mengejar segulung ijazah.. tidak ada apa di dunia ini yang akan kita perolehi tanpa melakukan perngorbanan walaupun sekecil kecilnya...


Bak kata org putih....

' If you gonna make a choice....

you are going to be a boy or a man?..'


I think i'm already be a man..hehe



Ketenangan..??.yang aku tahu...pengorbanan yang ingin dilakukan mestilah demi sebuah kedamaian.. terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi menemui sebuah ketenangan.. dan semestinya ketenangan itu berupakan kebahagian orang yang paling kita sayangi..kadang kala masa tidak selalu berada di pihak kita.. selalu kita fikirkan bahawa kita sering terlambat untuk diketemukan dengan sesuatu dan terasa amat rugi kita tidak diketemukan seawalnya.. tapi aku mengingati diriku sendiri... semuanya berada di alam rahsia Allah.. sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk buat diri kita..walaupun pengorbanan ini kesakitannya tidak nampak dimata.. namun aku percaya hati yang sentiasa dibaluti iman mampu berdaya menahan terjahannya.. walaupun ianya amat menyakitkan..kerana ketenangan itu yang ku cari...




Monday, January 12, 2009

Rindu, Ayah!


Ayah.........Saat ini aku sangat rindu padamu. Rindu yang amat. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk mengadu, engkau tiada di sisi. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami lagi menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, ayah, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.
Ayah........Semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak, ayah. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, ayah. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama. Tapi ku tahu ayah lebih bahagia di sana. Tunggulah aku ayah, kerna aku juga ingin berkongsi kebahagian itu bersamamu. Kebahagian yang tidak mungkin ada di sini...Rindu, ayah!
'Ayah' - Allayarham Md. Noor Bin Abd. Rahman
Sayang datuk......al-fatihah

Di mana aku?

Ahhh.......penat sungguh menjadi seperti sekarang. Acap kali aku berfikir dan berdoa dapat bertemu semula dengan aku yang dulu. Yang sentiasa gembira, juga ceria walaupun di hati derita. Tanpa diminta, aku terlebih dahulu yang menghulurkan tangan. Tapi sekarang aku tidak mampu menyembunyikan apa sahaja yang aku rasa. Bila rasa marah, maka diamlah aku. Bila rasa gembira, maka cukup dengan senyum sahaja. Namun aku yakin tidak mungkin lagi aku menjadi seperti dahulu. Setelah peristiwa demi peristiwa yang menjadikan hidupku makin suram semenjak berada di sini. mungkin sudah trauma dengan segala kesulitan yang telah kulalui. Takut untuk menghadapi hidup lagi.Maafkanku. Kalau aku sekarang tidak lagi seperti dahulu. Aku tak lagi mampu. Untuk ketawa dalam sendu.......